Monday, December 29, 2014

Aku dan buku

Entri ni aku tulis khas untuk seorang kawan..

aku memang suka membaca. sejak dari kecik lagi.cuma mungkin bahan bacaan yang aku suka tu tak sama dengan orang lain. masa kecik2 mak kata aku sangat suka baca suratkhabar terutama sekali waktu makan. mungkin minat membaca surat khabar semasa makan tu bermula sbb mak slalu suruh aku lapik pinggan dengan kertas surat khabar supaya tak tumpah. so smbil mkn aku baca je apa2 artikel yang jadi lapik makanan aku.

bila masuk sekolah rendah aku jadi suka membaca buku bahasa inggeris. mostly, buku penulis enid blyton. sampai skrg still ada koleksi buku2 tu aku simpan. zaman dulu fmly ssh wei, so setiap kali dapat A dalam ujian atau exam, bapa angkat aka cikgu english aku sir jalil akan hadiahkan satu buku sebagai token tahniah.oleh kerana tak mampu nak beli banyak2 buku so aku mmg slalu duk kat library. library buat aku rasa tenang and selesa. aku leh duk kat library dr pg smpai petang bak angg

cerita pasal library ni teringat aku pasal satu insiden. putus cinta monyet. huhuhu...masa tu,aku tak tau nak gi mana sbb hati rasa sedih sgt. so, dlm sedih2 tu aku g library sekolah and duk kat ceruk2 corner yg x ramai org. tanpa pikir panjang aku amik satu buku and menangis. nak dijadikan cerita, time aku nangis tu sorang kawan aku perasan and dtg tanya knp aku nangis. dgn confident je aku jwb buku ni sedih la, dia trus amik buku tu, tgk tajuk and hulur kat aku smbil ckp " bgtau aku part mana yg sedih?" aku pon amik buku tu and tgk tajuk buku tu "Basic Accounting" and trus gelak.

Kerana buku tu aku dan dia jadi kawan baik sampai skrg. kelakar kalau ingat balik.minat membaca ku tu stick sampai sekarang. mostly ramai kwn2 aku lebih prefer tgk movie daripada membaca, but both works for me. aku suka membaca and suka juga menonton. walau macam mana sibuk pon aku akan cuba jgk luangkan masa untuk membaca. Kalau tak sempat siang, malam aku membaca, kalau tak sempat hari biasa, hari minggu aku membaca.

Cuma yang tak berapa best skrg sgt kurang perpustakkan yg netul2 selesa dan penuh dgn pelbagai jenis buku. kalau ada pon kat shah alam dan perpustakaan negara je, rasanya kerajaan patut buat lebih banyak perpustakaan kan?

Friday, December 19, 2014

Soal Tentang Hati

Pernah tak korang terfikir kenapa korang selalu kecewa? eh, sebenarnya bukan korang..ni lebih pada aku..hehehhe...kadang2 aku ada terfikir adakah aku ni ditakdirkan memang tak boleh memiliki cinta? bila baca pasal kebahagiaan orang lain, aku selalu tertanya bila tiba masa aku?

Selalunya lelaki yang aku suka sama ada dah dimiliki atau belum bersedia dimiliki. bukan x jumpa lelaki yang belum berpunya tapi selalu ada je aral melintang..x kiralah melintang ke menegak ke..beberapa hari lepas ada baca satu entri dari dia yang dulu pernah buat saya bahagia..tp entri tu pon dh berbulan2 lamanya so x tau la dia ada baca lg ke blog sy ni..

saya minta maaf sebab buat awk rasa takut smpai melarikan diri..sy minta maaf sbb menangis mcm orang mati laki..hahahha..bila dikenang balik nak tergelak pon ada..apalah sengalnya aku ni jatuh hati dgn org yg aku lgsg x pnh temui..hehehhe..tp soal hati susah nak difahami kan?

terima kasih atas doa2 awk pada sy..sy sgt2 hargai..sy pon slalu berdoa agar suatu hari saya akan temui seseorang yg akan menyayangi saya sepenuh hati..dan saya pon doakan awk juga akan berjaya membuka hati awk untuk wanita lain yang mencintai dan awk cintai..

sekarang saya rasa sy dh makin matang dalam soal relationship ni..dah takde la rasa nak kecewa bagai atau nak mengejar sesuatu yg x pasti lagi..syukur alhamdullillah sekarang banyak benda yg dapat mengisi setiap masa dan ruang hati ini.

pada awk yg slalu dalam hati sy..terima kasih sebab mengajar saya soal hati!!


Wednesday, December 17, 2014

It's almost over!!

Hola !! lama betul tak buka blog ni..adeh..sbb bz sgt dengan study and bisnes kecil2an sy..rindu gak nak menulis, merepek ntah apa2..smpai nk start kat mana pon dah tak tau!!

how's my life? macam ni jgk..xde pape perubahan sgt pon selain dari makin slim..heheheh,,more matured i guess, rabun pon ye

sekarang school holiday so i'm a little bz with my kids..kids? yeah!!u read it right..i have 2 now..nyawa saya, penawar duka lara saya..




walaupon belanja mmg bertambah sgt2 tp alhamdulillah saya ada family yg sgt2 supportive, sgt syg both of them and byk tolong in handling this 2 little munchkin! yg si kakak ni lebih pendiam tapi si adik ya ampun mulut macam popcorn tgh masak...pop pet pot pet je..tp bahasa yg dia sorang je la faham!! letih mengajar dia sebut mama, tp yg dia dok sebut kakak!! hahahhaha

syukur alhamdulillah untuk rezeki ini. Wlaupon kurang tido, kurang duit nk shopping barang sndiri (sbb asyik shopping brg diorang je) tp skrg sy sgt berlebih2 kasih syg..setiap masa rasa rindu pada diorang..


thank u ALLAH for 2014! life is full of bless and happiness !