Friday, August 9, 2019

Penutup

assalamualaikum..

Mungkin ini coretan terakhir dalam blog ni. Blog tg dicipta untuk meluahkan rasa hati dan satu2nya cara untuk berkonunikasi dgn shuttersound sejak dia tak lagi menghubungi aku. Walaupon bagi dia aku ni takde nakna pon dalam hidup dia, tapi dia sebenarnya sgt penting dlm hidup aku. Bayangkan selepas bertahun2, aku masih tak dapat lupakan dirinya. Sesekali bila rindu menyapa, aku buka and baca postnya berkali2 lalu senyum sendiri. Teringat smua kenangan manis kami walaupon sekada r fantasi. Selepas dia, ramai lelaki yg singgah di hati ini, tapi entah kenapa tiada yg seistimewa dia.

Dh lebih 7 tahun, tapi kenapa ingatan aku pada dia masih segar. Banyak dh berubah, tapi kenapa perasaan ini masih tak dapat melepaskan dia pergi? Seperti sebongkah batu yg amat sukar hendak ditolak keluar , atau akukah yang sebenarnya tidak mau melepaskan memori ini?

Aku hornati keputusan dia, tapi hati ni tak dapat terima. Apa khabar agaknya dia? Sudah berkeluarga mungkin. Mungkin harinya dipenuhi dengan gelak tawa anak2, isteri secantij heliza helmi memasak di dapur menjadi ratu hatinya. Iya, mungkin saja. Mungkin juga dia sedang di puncak dunia, mengejar cita2 dan impiannya, menikmati kebahagiaan hidup seperti selayaknya dia.

Oh tuhan, sumpah aku rindu dia. Aku rindu menunggu panggilan telefonnya setiap hari. Aku rindu lawak bodohnya, aku rindu pada rasa rindu pada dia. Aku rindu rasa bahagia menunggu dia pagi dan petang. Kadang aku rasa tidak tertanggung rasa rindu lalu aku titipkam doa semoga dia sihat dan bahagia dlm lindunganmu Ya Allah. Semoga ko menjaga dia dan hatinya dari kelukaan Ya Allah kerana aku mau dia sentiasa gembira, sentiasa bahagia.

Mungkin, sampai akhirnya aku tak dapat bertemu lagi dengan dia. Mungkin juga ini yang terbaik utk aku dan dia. Namun, jika dia membaca nota terakhir ini, ku mohon buat kali yang terakhir, jagakan dia untukku  Ya Allah. Kau berikanlah semua kebaikan di dunia dan akhirat untukmya. Mungkin ada hikmahnya pertemuan dan perpisahan kami. Walaupon adakala aku meragui percaturanmu, tapi siapakh aku untuk membuat keputusan itu.

Setiap apa yg terjadi pasti ada sebabnya, mujurlah juga dia tidak dijodohkan dengan aku yg kini tidak lagi sempurna seperti dulu. Doaku sebelum menutup mata, moga aku bisa dipertemukan dgn dia buat kali terakhir, tapi andainya itu bukan yg terbaik untukku aku redha atas ketentuan mu.

Semakin hampir ke penghujung nafas, semakin akunmerindui semua yang bakal ditinggalkan.
Tidaklah aku menyesal mengenalimu, wlaupon pernah dilukai tapi ketahuilah

Saya dahbmaafkan awak. Saya harap awk pon maafkan saya jgk.

Friday, February 3, 2017

Sendiri

Jam sudah menunjukkan hampir pkul 7 tp aku masih lagi di sini.. ye di sini.. masih di pejabat.. sebab cuti hari raya cina ofis terasa kosong kerana ramai yg smbung cuti.. tp aku sama jgk masih lg bekerja keras menyiapkan smua report sebwlum posting ke KK.. mcm mana la agaknya duk kt tpt org.. jauh dr mak.. sdgkn skrg pon slalu rasa sunyi.. hmmm

kdg2 tak tau apa yg aku tunggu.. knp ssh btul nak membuka hati semula.. kdg ada jgk terderik dalam hati knp mati aku prgnya yg diuji dgn sendirian.. selalu sendirian.. adakala hati rasa sedih tapi tak tau nak diluah kpd siapa.. kwn2 tgk aku bahagia, selalu tersenyum tp dalam hati hanya tuhan yg tau..

kadang kala sendiri buat aku rasa tenang dan bahagia krn x perlu nak memikirkan perasaan org lain tp adakalanya aku rasa sunyi dalam hiruk pikuk ketawa org lain..

masih mencari bahagia..

Saturday, December 24, 2016

closing 2016

pejam celik pejam celik kejap je dah nak habis tahun 2016. macam tak terasa cepatnya masa berlalu. banyak lg benda yg belum sempat nak dilaksanakan..

bulan dpn bulan kelahiran anakanda iman.. kejap je dah 4 tahun, rasa blm puas lagi nak bermanja dgn keletah dia yg comel dan nakal tu.. ini kali pertama nak bawa dia bercuti jauh3. moga dipermudahkan segalanya. masa kecik naik flight okay je takut dah besar ni tak bleh plak nk duduk lama2..

betullah kata org, byk bnda dlm hidup ni bleh jadi indah bila kita tgk dari sudut pandangan yg lain. Walaupon mungkin iman tu tak menjalani hdup mcm anak yg lain tp yg pasti semua tentang dia sangatlah indah dan istimewa..

i love u iman.. i will always will..

Friday, December 23, 2016

M.A.A.F

Maaf.. cuma 4 huruf yang pendek.. senang dieja, tapi amat susah untuk diungkapkan.. mengapa??

dalam hidup ni, kita sebagai manusia memang tak lari dari membuat kesilapan. kadang kesilapan yang serupa pun tapi masih juga kita lakukan berkali2. nama pon manusia, mana pernah sempurna kan?

namun sesekali apa salahnya kalau kita menutur kata maaf wlaupon kita rasa bukan kita yg salah. tak luak pon ego kita kalau kita yg memohon maaf terlebih dahulu!!

namun rasanya kali ini, aku tetap nak menunggu kata maaf dari dia.. sbb bg aku dah tiba masanya dia plak yg mengalah dan belajar menguasai egonya!

tau x dalam byk2 maaf, maaf apa yg pling menyakitkan hati?

maaf, nombor yg anda dail tiada dalam perkhidmatan!!

sekian, terima kasih

Monday, March 28, 2016

rindunya blog ni

dah lama giler tak update blog ni.. bz sesangat wei.. lgpon sbnrnya bila buka blog ni slalu teringat seseorang.. bahagia dah agaknya dia dgn family dia and anak dia yg comel tu.. huhu

aku mcm biasa je.. still the same.. tp much happier kot.. belajar utk redha dan terima segala ketentuan

malam nanti i update lg ye

Sunday, March 8, 2015

Sunday blues

fuhh..lately byk plak event yang nak di organise, Rasa tak terkejar plak, driving ke sana sini. esok ada event utk global peace conference di picc so arini kenalah keje untuk settlekan smua bit and pieces before the event.pagi dari putrajaya ke sg besi to pick up my script writer and then head back to putrajaya for last minute rehearsal. then patah balik ke office to update and settlekan smuanya sebelum event esok. nasib baiklah arini ada driver aka abe tolong teman sy. kalau tak mau tumbang tgh jalan.

Tuesday, February 10, 2015

Sakit dan puncanya

Tahun 2015 ni aku mulakan dgn sakit..punyalah tak best purata dalam seminggu mesti ada hari yang aku tak sihat. Dek kerna penangan tak sihat, mood aku pon agak kelaut jgk. Asyik rasa nak marah..tambah2 lagi bila tiap2 minggu bos nk g outstation..penat weh pack baju and unpack..giler la

bila rasa macam tak best je, and moody..yg kesian adalah org sekeliling aku yg kena tempias. sbb aku asyik nak marah je kan. sorry la ek. xde niat pon sebenarnya nak emo2 ni tapi tulah. tapi org yg paling untung mestilah riyyaz iman. tak kena marah, cuma kena gomol and cium je bila nakal2. biasalah bebudak, time ni adalah time diorang berseronok. Una plak tgh fokus belajar and layan youtube tgk powerpuff girl tak habis2.

ok, berbalik pada kisah sakit tu. Kata mamat jaring tu sbb aku mnum air batu and makan laju2. kata mamat farmasi, sbb bakteria baik dlm usus aku dah berkurangan. so, aku amik advice both and kurangkan minum ais and mkn probiotik setiap hari.

sebenarnya aku rasa punca aku selalu tak sihat sebab kurang rehat. dengan keje, study and bisnes kecik2 aku tu. kdg mmg rasa lelah giler tapi aku gagahkan jgk. mak dh sound2 suruh aku rehat byk ckit, tp nk wat camne kan? tangungjawab byk