assalamualaikum..
Mungkin ini coretan terakhir dalam blog ni. Blog tg dicipta untuk meluahkan rasa hati dan satu2nya cara untuk berkonunikasi dgn shuttersound sejak dia tak lagi menghubungi aku. Walaupon bagi dia aku ni takde nakna pon dalam hidup dia, tapi dia sebenarnya sgt penting dlm hidup aku. Bayangkan selepas bertahun2, aku masih tak dapat lupakan dirinya. Sesekali bila rindu menyapa, aku buka and baca postnya berkali2 lalu senyum sendiri. Teringat smua kenangan manis kami walaupon sekada r fantasi. Selepas dia, ramai lelaki yg singgah di hati ini, tapi entah kenapa tiada yg seistimewa dia.
Dh lebih 7 tahun, tapi kenapa ingatan aku pada dia masih segar. Banyak dh berubah, tapi kenapa perasaan ini masih tak dapat melepaskan dia pergi? Seperti sebongkah batu yg amat sukar hendak ditolak keluar , atau akukah yang sebenarnya tidak mau melepaskan memori ini?
Aku hornati keputusan dia, tapi hati ni tak dapat terima. Apa khabar agaknya dia? Sudah berkeluarga mungkin. Mungkin harinya dipenuhi dengan gelak tawa anak2, isteri secantij heliza helmi memasak di dapur menjadi ratu hatinya. Iya, mungkin saja. Mungkin juga dia sedang di puncak dunia, mengejar cita2 dan impiannya, menikmati kebahagiaan hidup seperti selayaknya dia.
Oh tuhan, sumpah aku rindu dia. Aku rindu menunggu panggilan telefonnya setiap hari. Aku rindu lawak bodohnya, aku rindu pada rasa rindu pada dia. Aku rindu rasa bahagia menunggu dia pagi dan petang. Kadang aku rasa tidak tertanggung rasa rindu lalu aku titipkam doa semoga dia sihat dan bahagia dlm lindunganmu Ya Allah. Semoga ko menjaga dia dan hatinya dari kelukaan Ya Allah kerana aku mau dia sentiasa gembira, sentiasa bahagia.
Mungkin, sampai akhirnya aku tak dapat bertemu lagi dengan dia. Mungkin juga ini yang terbaik utk aku dan dia. Namun, jika dia membaca nota terakhir ini, ku mohon buat kali yang terakhir, jagakan dia untukku Ya Allah. Kau berikanlah semua kebaikan di dunia dan akhirat untukmya. Mungkin ada hikmahnya pertemuan dan perpisahan kami. Walaupon adakala aku meragui percaturanmu, tapi siapakh aku untuk membuat keputusan itu.
Setiap apa yg terjadi pasti ada sebabnya, mujurlah juga dia tidak dijodohkan dengan aku yg kini tidak lagi sempurna seperti dulu. Doaku sebelum menutup mata, moga aku bisa dipertemukan dgn dia buat kali terakhir, tapi andainya itu bukan yg terbaik untukku aku redha atas ketentuan mu.
Semakin hampir ke penghujung nafas, semakin akunmerindui semua yang bakal ditinggalkan.
Tidaklah aku menyesal mengenalimu, wlaupon pernah dilukai tapi ketahuilah
Saya dahbmaafkan awak. Saya harap awk pon maafkan saya jgk.
No comments:
Post a Comment