Kenapa saya syg mak dan abah saya? mmg smua org pon syg mak dan abah sndiri kan? tp sy syg sgt mak dan abah saya..dulu masa sy kecik hidup kami susah sgt..dgn 5 adik beradik yg jarak sgt dekat, hidup kami mmglah sgt perit..masa tu kalau rasa nak makan kfc ke, kena tunggulah abah dan mak kumpul duit..itu pon kalau keputusan periksa kami bagus. abah dan mak pegang pada prinsip kalau nak sesuatu mestilah berusaha..so, kalau kami nak apa2 ganjaran, knlah dapat keputusan yg baik..
Abah cuma bekerja sebagai storekeeper dgn gaji cuma RM480 je sebulan sdangkan mak plak surirumah yg kena jaga 5 orang anak..duk kat umah yang kami sewa dgn 2 bilik dgn harga sewa RM160 pada masa tu. So, brp jelah gaji abah yg tinggal, tp kami adik beradik x pernah x dpt makan wlaupon cuma lauk telur je. kadang2 bila hari gaji dptlah merasa ayam dan ikan. Betapa susahnya hidup kami ketika tu.
Masa umur aku nak masuk 10 tahun, mak amik keputusan nak cari kerja. Yelah, anak pon dah makin besar, belanja pon dh bertambah. Oleh kerana masa tu bknnya byk duit nak anta kami ke pengasuh, mak suruh aku n abg sulung utk jaga adik2 waktu mak dan abah pg keje. Abah keje jaga stor waktu siang, and waktu malam abah tolong orang meniaga kat pasar malam. Mak pula keje kilang ikut syif, so, tinggallah kami adik beradik kat umah jaga diri sndiri.
Tanggungjawab mak dan ayah terpikul kat bahu aku and along. Barulah aku tahu mcm mana susahnya nak jaga adik2. Nak siapkan makan diorang, brg sekolah, nak kena pastikan adik buat keje sekolah, pergi mengaji dan dalam masa yang sama nak bg peluang pd adik2 untuk menikmati zaman kanak2 dia. Aku rasa masa nie la minat aku terhadap bidang masakan bermula. Dr terpaksa memasak untuk pastikan adik2 kenyang dan ada bekal untuk dibawa ke sekolah, rutin harian tu mnjadikan aku kakak yang rajin mengeksperimen pelbagai jnis masakan yg senang dan cepat dimasak sbb aku pon nak kena kejar time nak g sekolah jgak..
Tahun demi tahun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga pon jadi makin stabil..hidup kami makin senang tapi Allah menguji kami dalam bentuk yang lain pula. Abah terlibat dalam accident dan terus x boleh bekerja. Hidup yang mula selesa tu berubah. Masa tu along di tahun akhir pengajian di Universiti, sedangkan aku baru di Sem 3. Memikirkan adik2 yang masih di sekolah menengah, aku nekad berkorban untuk keluarga. Aku berhenti belajar dan bekerja untuk tolong mak dan abah menyara keluarga. Selepas setahun, aku amik keputusan nak sambung belajar secara part time. Mujurlah sorang adik dah bekerja, so, dptlah ringankan beban ckit. Alhamdulillah, aku bjaya tamatkan pengajian dan dpt kerja yg bagus.
Kemudian, lpas sorang demi sorang adik beradik aku dpt kejayaan dlm hidup masing2. Aku bersyukur dengan semua yang telah berlaku kerana dugaan dan ujian Allah tu telah berjaya menjadikan kami insan yang lebih kuat dan tabah. So, sekarang adalah time kami plak menjaga mak dan abah. Kadang kala, bila aku lihat anak2 muda remaja berpeleseran tanpa arah tujuan, aku rasa sedih. Sedih melihat diorang hanyut dengan angan2 dan bayang2 yang tak menjanjikan apa2. Membazirkan masa muda dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
Kenapa aku tiba2 nak tulis pasal nie? Semalam masa aku and abah dok ngeteh kat kedai Acik Zamri, kami ternampak seorang pakcik tua yang jln seorang diri terhencot2 dlm hujan renyai2. abah pelawa pakcik tu minum and tanya dia dr mana. Pakcik tu bgtau yang dia dr hospital and tpaksa blik naik bas sbb anak2 dia smua sibuk. takde masa nak hantar dia ke hospital. Sedihnya aku dgr.Tu blm lagi dgr pakcik tu cerita ttg anak2 dia yang jarang sekali balik menjenguk dia, apalagi nak mencampakkan sesen dua untuk dia. Dalam kita menjadi manusia yang semakin maju, sebenarnya kita telah mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan yang sepatutnya ada pada diri kita. Apalah guna kita menjadi manusia yang lupa pada asal usul kita, yang melupakan orang yang menjadi punca kejayaan kita. Wahai anak2, hargailah ibu bapa kita semasa mereka masih hidup. Kenanglah jasa mereka membesarkan kita. Luangkanlah masa sebelum Allah menjemput mereka kembali.
aku selalu bersyukur kerana Allah kurniakan kami adik beradik yang saling menyayagi, mengambil berat di antara satu sama lain. Mmg kami ada bertengkar, bergaduh tapi itu x sekali2 menjadikan kami jauh. Malah kami selalu menjadi lebih baik dan lebih rapat. Kenapa saya sayang keluarga saya? Sebab keluarga saya adalah sebahagian dari diri saya, pelengkap kehidupan saya. Kalau masa boleh diputar kembali dan saya dibenarkan memilih siapa yang akan jadi keluarga saya, saya akan tetap pilih mereka. I won't trade my family for anything else..for they are the reason for who i've become today. I love my family..
p/s: tetiba rasa sedih lak pagi2 nie..huhuhu
No comments:
Post a Comment