Monday, December 29, 2014

Aku dan buku

Entri ni aku tulis khas untuk seorang kawan..

aku memang suka membaca. sejak dari kecik lagi.cuma mungkin bahan bacaan yang aku suka tu tak sama dengan orang lain. masa kecik2 mak kata aku sangat suka baca suratkhabar terutama sekali waktu makan. mungkin minat membaca surat khabar semasa makan tu bermula sbb mak slalu suruh aku lapik pinggan dengan kertas surat khabar supaya tak tumpah. so smbil mkn aku baca je apa2 artikel yang jadi lapik makanan aku.

bila masuk sekolah rendah aku jadi suka membaca buku bahasa inggeris. mostly, buku penulis enid blyton. sampai skrg still ada koleksi buku2 tu aku simpan. zaman dulu fmly ssh wei, so setiap kali dapat A dalam ujian atau exam, bapa angkat aka cikgu english aku sir jalil akan hadiahkan satu buku sebagai token tahniah.oleh kerana tak mampu nak beli banyak2 buku so aku mmg slalu duk kat library. library buat aku rasa tenang and selesa. aku leh duk kat library dr pg smpai petang bak angg

cerita pasal library ni teringat aku pasal satu insiden. putus cinta monyet. huhuhu...masa tu,aku tak tau nak gi mana sbb hati rasa sedih sgt. so, dlm sedih2 tu aku g library sekolah and duk kat ceruk2 corner yg x ramai org. tanpa pikir panjang aku amik satu buku and menangis. nak dijadikan cerita, time aku nangis tu sorang kawan aku perasan and dtg tanya knp aku nangis. dgn confident je aku jwb buku ni sedih la, dia trus amik buku tu, tgk tajuk and hulur kat aku smbil ckp " bgtau aku part mana yg sedih?" aku pon amik buku tu and tgk tajuk buku tu "Basic Accounting" and trus gelak.

Kerana buku tu aku dan dia jadi kawan baik sampai skrg. kelakar kalau ingat balik.minat membaca ku tu stick sampai sekarang. mostly ramai kwn2 aku lebih prefer tgk movie daripada membaca, but both works for me. aku suka membaca and suka juga menonton. walau macam mana sibuk pon aku akan cuba jgk luangkan masa untuk membaca. Kalau tak sempat siang, malam aku membaca, kalau tak sempat hari biasa, hari minggu aku membaca.

Cuma yang tak berapa best skrg sgt kurang perpustakkan yg netul2 selesa dan penuh dgn pelbagai jenis buku. kalau ada pon kat shah alam dan perpustakaan negara je, rasanya kerajaan patut buat lebih banyak perpustakaan kan?

No comments:

Post a Comment